As salam pembaca blog Cikgu tie......
Cantik kereta ni....memang cantik sangat. Tak mampu nak milikinya boleh pandang pun jadilah kannn!
Kebetulan tak lambat lagi kawan baik Cikgu tie akan pakai kereta ni, bolehlah tengok hari-hari. hehehe....
Jomlah kita baca tentang kereta ni....Cikgu tie baca sekadar ambil tahu ajew, tak mampu arrr nak beli.hehehe.......
Honda Malaysia telahpun memperkenalkan variasi terbaru kepada untuk generasi ke-8 Honda Civicnya iaitu kereta Honda Civic 1.8S-L, yang berharga RM 119,980 di atas jalan termasuk insurans, meletakkan harganya di antara 1.8S yang berharga RM 114,980 dan 2.0S yang berharga RM 130,980. Ini adalah kejutan daripada Honda kerana sebelum ini mereka juga telah memperkenalkan Honda Accord 2.0 VTi-L tahun lepas.
Untuk tambahan harga RM 5000 ke atas 1.8S, 1.8S-L yang baru dilengkapi dengan :
- cermin sisi LED dan kemasan krom pembuka pintu
- kerusi yang dibalut dengan kulit
- kawalan pemanduan
- stereng pemandu yang dilengkapi dengan kawalan audio dan kemasan metalik di sekeliling panel meter untuk kemasa dalaman.
Walaubagaimanapun, 2.0S kekal sebagai satu-satunya variasi kereta Honda Civic yang mendapat kemasan rim aloi 17 inci, beg udara sisi dan juga dengan enjin yang lebas besar.
Dengan jumlah unit terjual sebanyak 37,000 sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, ini membuatkan mereka dapat memastikan kedudukannya sebagai kereta pilihan no.1 dalam kelasnya untuk 4 tahun berturut-turut. Honda Malaysia juga menjangkakan variasi sedannya ini akan menyumbangkan sebanyak 20% perolehan jualan daripada jumlah jualan keretanya tahun ini.
Dianggarkan sebanyak 750 buah unit kereta Honda Civic akan dijual setiap bulan, dengan mengjangkakan jualan 1.8S-L akan mewakili 30 peratus daripada angka tersebut.
P/S*** Cikgu tie turut teruja 100%....tapi apalah daya, kereta Wish pun belum habis bayar lagi. huhuhu.......