Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Aku tulis bila aku sedih.. Show all posts
Showing posts with label Aku tulis bila aku sedih.. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Hanya tuhan yang tahu....


P/S***Baru-baru ini aku terlalu kecewa bila tidak dapat sesuatu yang diharapkan sekian lama. Namun aku sedar....mungkin itu bukan ditakdirkan untukku kecapi dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Akhirnya aku belajar untuk ikhlas dan bersyukur dengan ketentuannya....
Alhamdulillah aku tenang dan semangatku pulih semula dan kini hidupku terasa lebih bermakna.
Penantian itu akan aku teruskan kerana aku 
bukanlah seorang yang mudah berputus asa. 

Thursday, December 22, 2011

Sekadar untuk renungan.....

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. 

Sesiapa yang tak mahu menerima ketentuan Tuhan akan sentiasa hidup dalam kepahitan dan penuh dengan dendam.

Sesiapa yang terlalu mengharapkan sesuatu pasti akan sentiasa hidup di dalam penantian.

Sesiapa yang selalu ikhlas dan redha dalam menjalani setiap ujian dalam kehidupan pasti akan hidup dalam penuh kesyukuran.
P/S: Mudah-mudahan aku akan menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada agar hatiku akan menjadi lebih tenang dalam menerima setiap ketentuanNya.

Sunday, November 13, 2011

Macam tak percaya ajer.....

Lama dah duk tunggu nak tahu hasilnya. Bila dapat macam tak percaya. Nak tak nak terpaksa redha. Lain yang harap lain yang dapat. Sesuatu yang kita takut itu rupanya penyelamat. Sesuatu yang kita sangka akan membantu itu rupanya penyebab kepada kejatuhan. Aduh...diluar dugaanku!

P/S:Mungkin juga aku yang terlebih yakin. Perjuangan harus diteruskan. Bersyukurlah...sekurang-kurangnya aku masih meraih kejayaan  biarpun tidak cemerlang seperti yang diharapkan.

Friday, April 22, 2011

Sehingga menitis air mataku......


Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Tersentuh sungguh hati Cikgu Tie ketika menonton movie ini. Cikgu Tie memang.....mudah sangat nak menitiskan air mata bila menonton movie yang macam nie. Tapi tu lah kan.....sebagai seorang guru sudah pasti akan tersentuh bila menonton movie macam nie. Naluri / jiwa seorang gurulah katakan.....

Kepada rakan guru.....bolehlah sama-sama menonton movie nie yer! Saja nak kongsi dengan anda semua.....mudah-mudahan dapat memberi sedikit  motivasi dan inspirasi untuk kita menjadi seorang guru yang lebih berperanan dan bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti pengajaran selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Insyaallah.....mudah-mudahan.




P/S*** Sebagai seorang guru...apa yang membahagiakan ialah dapat melahirkan murid yang berjaya dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani.Namun....untuk melahirkannya bukanlah satu perkara yang mudah tapi memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran.

Sunday, March 20, 2011

Hari-hari yang ku lalui semakin sibuk.....

As Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Entahlah mengapa,mungkin kerana tak pandai merancang atau mengurus waktu sehingga masaku kini semakin padat.Setiap hari yang ku lalui terasa seperti tiada ruang untuk bersantai atau berehat-rehat bagi memanjakan diri.Hari-hariku habis dengan mengisi aktiviti harian yang perlu aku laksanakan seperti tanggungjawabku sebagai seorang guru,tanggungjawabku sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu.menguruskan hal rumah tangga dan menjayakan bisnes sambilanku.


Mampukah aku untuk melaksanakan semua itu dalam satu masa?
Sebenarnya....aku tak sepatutnya mengeluh atau merungut begini.Apatah lagi untuk menyesali keadaan ini kerana semua ini berlaku kerana kemahuanku sendiri.Aku yang berjanji untuk merelakan kesibukkan ini seandainya bisnes ini aku mulakan.Aku sendiri yang berjanji pada diri sendiri untuk menjadi seorang guru yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna,Aku sendiri yang amat berharap agar memiliki keluarga yang bahagia dan aku sendiri yang selalu bercita-cita supaya dapat memiliki segulung ijazah.


Mungkin aku memerlukan sedikit waktu untuk menyesuaikan diri dengan segala keadaan ini.Seperti kata suamiku "jika  orang lain boleh,mengapa kita tidak?".Aku cuma memerlukan sedikit keyakinan diri dan berusaha untuk merancang dan mengurus waktu dengan sebaik mungkin.


Semoga Allah akan permudahkan segala urusanku untuk didunia dan diakhirat.Insyaallah.....mudah-mudahan.


P/S: Maaf seandainya tak mampu untuk selalu blogwalking bersama-sama dengan anda lagi.Bagaimanapun akan ku cuba meluangkan waktu untuk update blog Destinasi Cikgu Tie.

Thursday, March 3, 2011

Mayat bayi dalam komuter

Gambar Bayi Dibuang Dalam Plastik

Assalamualaikum !


Mungkin kerana takut malu seorang ibu ( tak tahu samada layakkah dipanggil ibu.Layak ker?)yang melahirkan anak luar nikah sanggup membungkus anak dalam plastik hitam untuk di tinggalkan di tempat duduk gerabak hadapan komuter  yang berhenti di stesen PELABUHAN KLANG.


Rasanya semakin kerap kes buang bayi ini kedengaran.
Mengapa yer....?


Sedih sangat kerana anak yang tak bersalah terpaksa menjadi mangsa.
Tiadakah  lagi sifat kasih sayang dan perasaan  keibuan  yang wujud di dalam diri ketika malahirkannya?


Ke mana  hilangnya?


P/S*** Semoga dijauhkannya daripada keluarga,saudara,kenalan atau sahabat serta rakan sekeliling kita.


Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik di sini

Tuesday, March 1, 2011

Jadual Kerja Anjal Untuk Guru


Untuk Maklumat Lanjut Klik Di sini

Assalamualaikum!

Cikgu Tie malas nak kata apa hari ni.
Cikgu Tie masih dibelenggu dengan berita dalam akhbar Berita Harian kemarin.


Pada pandangan anda wajarkah j
adual kerja anjal dilaksanakan di sekolah?
Adakah benar  jadual kerja anjal ini dapat mengelakkan beban tugas guru?

Mampukah murid untuk belajar sampai ke petang?

Mungkin cara kita berfikir masing-masing tidak sama yer!


P/S***Harapan Cikgu Tie semoga tiada guru atau murid yang tertidur dalam kelas apabila jadual ini dilaksanakan.Hebat sungguh budak-budak sekolah sekarang yer....tak kenal erti jemu.Sanggup berada di sekolah dari pagi sampai ke petang.Dah tak ada dah zaman kanak-kanak bermain aci ligan,aci sembunyi,jengkek,masak-masak dan sebagainya macam zaman Cikgu Tie dulu-dulu.

Rindunya zaman kanak-kanak Cikgu Tie!huhuhu.....
Zaman dah berubah.

Apa yang menjadi persoalannya......
Betul ker murid kite tak jemu?


Tuesday, January 11, 2011

Mengapakah jiwaku rasa sengsara!!!!!?????

















 Jiwaku terasa kosong.....

Jangan ditanya mengapa,kerana aku sendiri tidak tahu di mana silapnya.Aku hanya tahu aku rasa cukup sengsara ketika ini.Apa yang aku lakukan semuanya terasa hambar.Seperti ada sesuatu yang tak kena...tapi apa ya?

Aku cuba merenung diri untuk mencari punca keresahan yang melanda diriku........
Namun hingga ke saat ini aku masih belum menemui jawapannya.
Perlukah aku bertanya pada orang lain .....aahh....mana mungkin ada orang yang mampu menjawab keresahanku sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk mengadakan jawapannya.

Mungkinkah ada orang yang pernah merasai apa yang sedang aku rasai ini????
Aku merasa resah.......tapi tak  tahu apa sebabnya.
Jiwaku menjadi kosong......tapi tak tahu di mana puncanya.
Aku merasa ingin menangis........tapi tak tahu apa sedihnya.
Aku ingin menjerit.....tapi ku takut dikatakan hilang punca.

Kata orang....esok adalah ubat untuk menghilangkan kesakitan hari ini.Aku berharap agar esok akan menjadi penawar untuk aku meredakan kekusutan hati ini.

Doakan aku bahagia.........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci