Layan Sebentar

Followers

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Hanya tuhan yang tahu....


P/S***Baru-baru ini aku terlalu kecewa bila tidak dapat sesuatu yang diharapkan sekian lama. Namun aku sedar....mungkin itu bukan ditakdirkan untukku kecapi dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Akhirnya aku belajar untuk ikhlas dan bersyukur dengan ketentuannya....
Alhamdulillah aku tenang dan semangatku pulih semula dan kini hidupku terasa lebih bermakna.
Penantian itu akan aku teruskan kerana aku 
bukanlah seorang yang mudah berputus asa. 

Wednesday, October 26, 2011

Motivasi pagi Khamis



KITA tidak bersendirian. Jangan suka berasa hidup seperti dijauhi orang.

Jangan berfikir yang kita ini telah dipinggirkan.

Yang Maha Memiliki segalanya itu selalu ada untuk kita.

DIA menghadirkan yang baik-baik buat kita.

DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.

Hargai apa yang ada di sekeliling kita.

Syukuri apa yang telah dikurniakan di dalam hidup kita.

Semoga dengan memanfaatkan segala nikmat yang kita perolehi itu dengan sebaiknya, tidak membuatkan kita sunyi di alam sana.

Semoga kita tergolong di kalangan hamba-NYA yang sentiasa beryukur. Amin.

Monday, September 26, 2011

Tips untuk keyakinan diri



1) Yakinlah Allah (SWT) sentiasa bersama anda setiap masa. Sekiranya usaha yang anda lakukan itu adalah pekerjaan yang halal dan tidak melanggar perintahNya, insya-Allah, Dia akan sentiasa bersama anda.


2) Mulakan langkah pertama walaupun anda mungkin tidak yakin atau tidak berani. Tolaklah perasaan was-was. Langkah pertama itu penting, kerana jika anda tidak memulakannya, bagaimana anda akan tahu tahap kemampuan anda?

3) Tolak pandangan negatif orang lain terhadap anda. Mungkin pandangan-pandangan seumpama itulah yang akan membuatkan anda memandang kecil kemampuan diri sendiri. Tonjolkan diri anda yang selama ini belum orang kenali. Anda berani, anda boleh dan anda mampu.

4) Jangan mudah putus asa. Anda mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha yang anda jalankan, tetapi masalah itulah yang akan membantu anda.


P/S: Semoga tips ini dapat membantu kita, supaya lebih berkeyakinan diri dalam menghadapi setiap situasi yang bakal ditempuhi nanti.

Thursday, August 4, 2011

15 Tip Pelajar Cemerlang

As salam pembaca blog Cikgu Tie!


Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? 
Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang?

Jika anda seorang anak yang ingin cemerlang, jika anda seorang ibu atau bapa yang mempunyai anak yang ingin cemerlang......sila baca 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang yang Cikgu Tie sertakan ini. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama terutama bagi pelajar yang akan memduduki peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.



P/S: Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan. Hehehe....ayat nie mengingatkan Cikgu Tie pada seorang penceramah semasa Cikgu Tie di zaman sekolah menengah dulu.

Sumber ==>Di sini

Sunday, July 3, 2011

Jangan Takut Untuk Menghadapi Kegagalan


As salam pembaca blog Cikgu Tie!



Tahukah anda bahawa orang yang sentiasa ingin berjaya itu tidak akan takut untuk menghadapi kegagalan. Mereka akan terus mencuba berkali-kali sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan.


Kita jangan sekali-kali takut mencuba kerana:

  • Jika tidak mencuba, kita tidak akan tahu kebolehan kita.
  • Jika gagal setelah mencuba, anggaplah cubaan dan kegagalan itu sebagai satu pengalaman baru untuk kita bertemu dengan kejayaan.
  • Cubaan yang dilakukan dan kegagalan yang dialami akan mendedahkan kita kepada tindakan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
Kita hendaklah mencuba dan terus mencuba.

  • Jangan menganggap kegagalan kali pertama sebagai kegagalan untuk selama-lamanya.
  • Fikirkan strategi baru dan jadikan strategi lama sebagai panduan.
  • Tanamkan dalam hati bahawa kita perlu berusaha lebih sedikit lagi untuk mencapai kejayaan.
  • Kuatkan keazaman dan tekad agar percubaan kedua ini menemui kejayaan.
  • Selalu bertanya pada diri " Jika orang lain boleh, mengapa pula aku tidak?"

P/S: Kejayaan jarang diukur dengan taraf pencapaian seseorang dalam hidupnya. sebaliknya diukur dengan halangan-halangan yang diatasi dalam percubaan ke arah kejayaan.(Booker T. Washington)

Friday, April 22, 2011

Sehingga menitis air mataku......


Salam pembaca blog Cikgu Tie!


Tersentuh sungguh hati Cikgu Tie ketika menonton movie ini. Cikgu Tie memang.....mudah sangat nak menitiskan air mata bila menonton movie yang macam nie. Tapi tu lah kan.....sebagai seorang guru sudah pasti akan tersentuh bila menonton movie macam nie. Naluri / jiwa seorang gurulah katakan.....

Kepada rakan guru.....bolehlah sama-sama menonton movie nie yer! Saja nak kongsi dengan anda semua.....mudah-mudahan dapat memberi sedikit  motivasi dan inspirasi untuk kita menjadi seorang guru yang lebih berperanan dan bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti pengajaran selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Insyaallah.....mudah-mudahan.




P/S*** Sebagai seorang guru...apa yang membahagiakan ialah dapat melahirkan murid yang berjaya dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani.Namun....untuk melahirkannya bukanlah satu perkara yang mudah tapi memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran.

Tuesday, January 25, 2011

JANGAN BERTANGGUH LAGI!

Assalamualaikum!


Kepada murid-murid sekolah,Cikgu Tie nasihatkan supaya jangan mengamalkan sikap suka bertangguh....


Kenapa tidak boleh bertangguh?


1. Sikap suka bertangguh akan menyebabkan kerja yang perlu dibuat menjadi bertompok-tompok.Belum sempat kita hendak fahami dengan baik palajaran yang dulu,cikgu sudah mengajar pelajaran lain pula.


2. Kita akan merasa tertekan.Bayangkan kalau terlalu banyak perkara yang hendak dibuat dalam satu masa....mesti amat tertekan kan!Begitulah yang akan terjadi kalau hendak tunggu dekat peperiksaan baru hendak memberi tumpuan penuh pada pelajaran.Secara tak lansung kita akan menjadi orang yang bersenang-senang dahulu,besusah-susah kemudian.Bukankah terbalik tuuu???


3. Kerja yang ditangguhkan selalunya tidak menjadi.Apa tidaknya,sebelum kita sempat membuatnya,kita dibebankan pula dengan kerja-kerja lain yang baru datang.Apabila sudah terlalu banyak perkara yang hendak dibuat,akhirnya kita terpaksa tinggalkan saja.Misalnya....hendak membuat latihan Matematik tak jadi.Hendak ulang kaji pelajaran pun tak jadi.


Masih mahukah lagi anda mengamalkan sikap suka bertangguh?

Monday, January 24, 2011

TOLONGLAH HARGAI AKU!!!!!!

Assalamualaikum!


Siapa yang tak ingin dihargai......tolong angkat tangan!
Siapa yang angkat  tangan mesti tak dia tu manusia yang tak normal,kena paksa angkat,atau tak dengar soalan dengan jelas.


Jangan anda duk nafi lagi, setiap insan ingin dihargai. Inilah fitrah manusia yang kadang-kadang menjadikan kita lupa diri lalu menjadikan pujian, sanjungan, tepukan dan penghargaan sebagai matlamat kehidupan. 


Mengapakah kita merasa hebat bila dipuji dan disanjung???
Mengapa pula kita  merasa kerdil bila dihina.????
Anda perlu jawab sendiri kerana masing-masing ada jawapannya.

Sebenarnya kita ingin dihargai kerana disebaliknya itu ialah kasih sayang, perhatian dan belas ehsan. 
Anak-anak ingin dihargai agar ibu ayahnya bertambah kasih kepadanya. 
Isteri ingin pengorbanannya dihargai agar kasih suami tidak tertumpah pada yang lain. 
Suami pula ingin dihargai agar kesetiaannya tidak diragui.

Cikgu Tie tak kata perasaan ingin dihargai ini suatu yang jelek dan berdosa kerana itulah fitrah insan yang juga ada pada diri Cikgu Tie sendiri. Namun ada sesuatu yang lain yang seharusnya kita cari. Sesuatu yang akan menghidupkan jiwa, membimbing hati dan mendidik nafsu. 


Sesuatu yang akan meringankan jiwa ketika mendaki kehidupan yang curam dan menekan, yang menghilang kerisauan ketika hati terasa tinggi dan terancam dengan jurang kemiskinan dan jiwa menjadi tenang dan penuh kesyukuran ketika kemewahan mewarnai kehidupan.


***Cikgu tie nasihatkan anda termasuk diri Cikgu Tie sendiri agar tidak menjadi riak dan mudah lupa diri seandainya mendapat banyak penghargaan.***

Monday, December 27, 2010

Tanda-tanda anda seorang yang tahu menghargai diri

Salam!
Anda tentu nak tahu sama ada anda seorang yang tahu menghargai diri atau pun tidak...
Kalau nak tahu,janganlah malu-malu untuk baca tanda-tanda orang tahu menghargai diri yang Cikgu Tie tulis ni yerr.....


Jika anda seorang yang tahu menghargai diri sendiri-->



  • Anda akan selalu berusaha untuk meningkatkan diri anda.

  • Anda akan cuba menjadi yang baik daripada hari-hari sebelumnya.
  • Anda akan selalu menanamkan azam pada setiap tahun untuk menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
  • Anda selalu mengelakkan diri daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan diri sendiri.
  • Anda selalu menjauhi perkara-perkara dan benda yang dilarang.
  • Anda selalu mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
  • Anda tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,mencuri dan mengganggu orang lain

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci