Layan Sebentar

Followers

Sunday, December 11, 2011

POLIGAMI....teruskanlah jika mampu.



Poligami bererti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua,tiga atau had maksimumnya empat dalam satu masa.

Sebab Islam Mengharuskan Poligami
  1. Lelaki atau suami mempunyai nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.
  3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  4. Menyelamatkan kaum wanita "andalusia" yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.
Hikmah Poligami
  1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahitkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain.
  2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal di medan perang dan sebagainya.
  3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia.
  4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki
  5. Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami, keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
  6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah memalui cara yang halal.
Kesan Poligami Yang Tidak Mengikut Syariat
  1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
  2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
  3. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
  4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.
P/S: Siapa kata mudah untuk memilih hidup berpoligami......kalau tak mengikut syariat atau tidak mempunyai alasan yang munasabah, dinasihatkan tak payahlah yer...kerana kesannya sangat buruk.  
   

Sumber buku ==> Indahnya Hidup Bersyariat

12 sudi komen N3 Cikgu Tie:

fairus said...

ERM... SAYA CUKUP SATU KOT. BELUM MAMPU SANGAT. LAINLAH KALAU MAMPU BOLEH TAMBAH SATU.. ;)

Unknown said...

SALAM,
LF BACA JE. NO ACTION !

Anonymous said...

tul kak kena ikut syariat...kena adil

Kakzakie Purvit said...

Betapa indah susunan hukum yg telah disyariatkan dalam Islam. Kalau tidak dapat memahami itulah banyak keburukan dari kebaikan yg dikejar.

Cikgu Tie said...

@fairus Kenapa fairus...kalau mampu ada hati nak tambah ke? Cikgu tie nak p cerita kat org rumah fairus nie. hehehe...gurau ajer arr,jgn marah nanti kena jual!

Cikgu Tie said...

@luahfikiran No action pun tak pa...baca ajer arr untuk untuk lebih ketahuan.hehehe....

Cikgu Tie said...

@Tiramisu Fatiema Bukan senang nak adil kann!

Cikgu Tie said...

@Kakzakie Betul tu kak...kalau tak dak alasan yg kukuh tak payahlah duk cuba. cari masaalah ajer kann!

Kancil 8349 said...

Kancil pun cukup satu ...ndak mampu...hehehe...salam perkenalan daripada kancil

Ca Ezah said...

betul tu kak..tak mmapu jangan cari prnyakit..hehe..alamak..masih muda.malu nak citer pasal kawen..hehe

aReLaN said...

bukan sng nk adil ni.rmi je poligami tp xreti ikt syariat.sme ikt nafsu je.ish3

3no gr33ny said...

andai mampu..berlakulah adil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci