![]() |
Apam Gebu |
- Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air - Serbuk Eno(jika perlu)
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- Kisar/blend nasi dengan air sampai betul-betul hancur
- Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan (mengikut citarasa) dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu .
P/S****Jika suka apam merekah....masukkan serbuk eno ke dalam adunan ketika hendak mengukusnya.
sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
Selamat Mencuba Resepi Cikgu Tie!
sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
Selamat Mencuba Resepi Cikgu Tie!
6 sudi komen N3 Cikgu Tie:
sure gebu apam ni kan...
saya biasanya beli je..
lepas ni nak cuba buat la pulak :)
wah..pasti sedap dan menyelerakan...
wah ..lama tak makan
kakak kita suka buat ni dulu..
nanti nak cubalah
He he...nak sikittt...
lapo nihh...
GEBU KE? MAK SAYA PANDAI BUAT NI.. :)
Pandai Cikgu Tie buat....
Post a Comment