Macam manalah nak tumpu pada P&P murid seandainya sering dihujani dengan kerja-kerja perkeranian yang datang bertubi-tubi. Cikgu tie setuju sangat dengan pandangan blogger blog http://redskyim.blogspot.com/2011/07/beban-tugas-guru.html . Memang betul la tu....Tugas guru yang sebenar adalah mengajar dan mendidik. Bukannya dibebani dengan tugas yang tiada kaitan dengan proses P&P. Tugas perkeranian sepatutnya diserahkan kepada orang yang mahir dengan kerja tersebut atau dengan erti kata lain, tugas kerani atau pembantu guru. Mungkin ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerani dan pembantu guru, tetapi bayangkanlah jika guru terpaksa meninggalkan waktu P&P gara-gara untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah sepantas yang mungkin. Murid-murid terpaksa diberikan lembaran kerja sahaja walaupun ada guru yang menggantikan kelas tersebut. Jika hanya sekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika beberapa kali bagaimana pula? Sudahnya guru dipersalahkan kerana tidak dapat menghabiskan silibus ataupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
P/S***Kepuasan hati seorang guru hanya terletak kepada kejayaan anak didiknya. Bukan untuk dikenang tetapi sekadar untuk mendidik seikhlas mungkin supaya muridnya berjaya menjadi seorang yang berguna dan bermakna disepanjang hidupnya di dunia dan akhirat.
5 sudi komen N3 Cikgu Tie:
pernah juga dgr kwn2 guru sy merungut tentang hal macam ni..bukan ke dkt setiap sekolah ada keraninya..? macam pelik juga kerja2 macam tu masih m'bebani guru..
aha..kakak pun ada cakap. siap cikgu takot ngan kerani.heh..
Itu beban yg nampak dimata sah-sah semua org tahu cikgu belum lagi beban emosi dgn kerenah budak sekarang lagi. Kakak amat maklum sebab ramai juga keluarga kakak yg jadi cikgu...
Namun tanpa cikgu apa jadi manusia di dunia ini agaknya..
ada yg kata keja guru ni senang..cuti banyak???..cuba tgk
BETULLAH TU CIKGU.. RASANYA SEKOLAH SUDAH KENA ADA RAMAI PEMBATU TADBIR (KERANI). BIARLAH MEREKA BUAT URUSAN PENTADBIRAN, SURAT MENYURAT, AKAUN DLL.CIKGU PERLU TUMPUKAN PADA P&P..
Post a Comment