Layan Sebentar

Followers

Monday, December 6, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya.Menjaga solat fardhu,kerap berjemaah dan solat pada pada awal waktu.
Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik,iaitu seorang yang nampak tegas,tetapi sebenarnya seorang yang lemah lembut dan mudah bertolak ansur.pertuturannya juga mesti sopan,melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya.tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah,tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros,tetapi tidak kedekut.tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas,tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab.Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang,tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.






3 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci