Jika anda seorang pelajar.....
Sudah tentu di hati anda tersimpan keinginan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Jika anda seorang ibu atau seorang bapa......
Pasti anda sangat inginkan anak anda menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang.
Jika anda seorang guru......
Tentulah melahirkan anak didik cemerlang yang menjadi impian anda.
N3 nie Cikgu Tie nak berkongsi petua untuk menjadi murid cemerlang.
Mudah-mudahan dapat membantu anda untuk muncul sebagai pelajar cemerlang, anak cemerlang dalam pelajaran, anak didik guru yang cemerlang di sekolah.
Insyaallah.......
Ciri-ciri Yang Perlu Ada Untuk Jadi Murid Cemerlang
1. Optimistik
Sentiasa yakin pada potensi diri untuk menempah kejayaan dalam pelajaran.
2. Memberi Tumpuan Sepenuh Hati
Sentiasa memberi tumpuan semasa mengikuti pengajaran di dalam kelas.
3. Mesti Mulakan Dari Awal
Hendaklah membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan ,ini termasuklah membuat
ulangkaji,berbincang dengan rakan-rakan,meminta nasihat guru,meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya.
4. Hendaklah Lengkapkan Peralatan
Sediakan peralatan belajar yang mencukupi. Semangat sahaja tidak cukup kerana kelengkapan yang tidak
cukup akan menyusahkan pembelajaran atau melemahkan semangat untuk belajar.
5. Tepati Waktu Belajar
Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan dan ini secara tak lansung akan melatih palajar menjadi
seorang yang berdisiplin.
6. Sediakan Jadual Waktu
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah dan jadual ini mestilah
dipatuhi.
7. Jaga Kesihatan Fizikal
Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau junk-food.Jangan berjaga sepanjang malam
kerana boleh menjejaskan kesihatan.
8. Makan Makanan Seimbang
Menjaga dan mengawal pemakanan dengan mengambil makanan yang seimbang untuk menjamin
kesihatan.
9. Jangan Malu Bertanya
Tidak boleh segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.
Jadikan kakak-kakak dan abang-abang yang telah berjaya sebagai model atau contoh.Perhatikan ciri
dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
10. Jaga Solat Sebaiknya
Tunaikan solat 5 waktu pada awal waktunya seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama.Di samping
itu haruslah memperbanyakkan solat sunat hajat.
11. Sentiasa Berdoa
Berdoalah untuk meminta pertolongan daripada Allah.Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan
aspek jasmani dan minda pelajar.
12. Tawakal
Berserah diri kepada Allah dan tidak putus asa jika gagal.Berusahalah dan jadikanlah kegagalan itu
sebagai panduan untuk berjaya.
P/S***Semoga petua ini dapat dimanfaatkan bersama.Bukan hanya untuk anda tetapi juga sebagai panduan untuk diri Cikgu Tie sendiri.
12 sudi komen N3 Cikgu Tie:
السلم عليكم ورحمة الله
Moga cikgu sihat hendaknya..
Banyak yang saya pelajari dari tulisan cikgu ini. Terima kasih
JANGAN JADI MACAM SAYA.. LEWAT TERSEDAR.. NASIB BAIK TERSEDAR DARI LENA DARI TERUS TERLENA.. BELAJARLAH WEAHAI ANAK2.. SESUNGGUHNYA PELAJARAN ITU MAMPU MENGUBAH MASA DEPAN ANDA..
bagusnyer info cikgu tie... bolehlah cikgu2 muda yang kurang pengalaman macam fda ni berkongsi manfaat... tq yea...
salam kenal... sudi exchnge link?
bagus tips2 dari cikgu tie ni..semoga ramai yang amalkannya...
terima kasih cikgu.. sy nak jadi pelajar cemerlang! :)
Nasihat yang baikkk...dengar tu anak anak muriddd...
En Abd Razak....
Alhamdulillah,Memang itulah yang Cikgu Tie harapkan.
Semoga blog ni dapat menyumbangkan ilmu dan baik untuk dimanfaatkan.
Fairus....
Insyallah...mudah-mudahan begitulah Fairus.
Salam kenal juga untuk Rizwan's...
Selamat berkongsi ilmu.
Prince.....
Cikgu Tie pun berharap begitu juga.
Admin....
Semoga hajat untuk menjadi palajar cemerlang itu akan tercapai.
Insyaallah...mudah-mudahan akan dipermudahkan.
Cikgu Nurin....
Terima kasih yer!
Post a Comment