Hari ni rasa teruja untuk membuat N3 tentang persahabatan. Semoga pembaca setia blog Cikgu Tie dapat manfaatkan N3 nie untuk menghargai sahabat masing-masing.
Bukan senang untuk memiliki sahabat yang benar-benar ikhlas dengan kita. Seandainya ditakdirkan untuk memilikinya....perlu kita menghargainya dengan sepenuh hati. Tapi itulah....susah nak pastikan tentang keikhlasannya kerana keikhlasan itu sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lihat.
Kita tak perlukan orang yang sempurna untuk menjadi sahabat kita tetapi kita perlukan orang yang mampu membuat kita rasa sempurna bila bersahabat dengannya dan begitulah juga sebaliknya.
Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi. Terasa rugi pulak kalau kita tak punya sahabatkan!
Sama ada kita sedar atau tidak sahabat mampu untuk memberikan kita suatu kekuatan.Tanpa persahabatan akan membuat kita merasa hidup ini terlalu kosong untuk diteruskan. Kita juga tidak ada tempat untuk berkongsi segala.
P/S*** Cikgu Tie ucapkan terima kasih kepada semua sahabat Cikgu Tie
yang sanggup bersama di dalam segala suka dan duka
selama menjalinkan persahabatan dengan Cikgu Tie.
Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila.
Insyaallah , mudah-mudahan......
10 sudi komen N3 Cikgu Tie:
Tapi Cikgu Tie..sekarang ni susah nak mencari sahabat sehati sejiwa..kebanyakannya suka ambil kesempatan dan tikam belakang...
Cikgu Nurin
Tak semua orang macam tu....pandai-pandailah menilai untuk mendapat sahabat yang terbaik di antara yang baik-baik yer!
susah nak cari sahabat sejati..
sahabat yang baik akan bersama kite tak kire susah senang dan sanggup menasihati kite jika kite buat salah bukan lagi membencinya..betul x cikgu tie?
cikgu, syok la ramai kwan, kite pon ade kawan baik masa sekolah, tapi terpisah coz lain U, sobsob
Kalau boleh mahu sahabat dimana-mana. Sahabat maya kasihnya rasa lain kan.... Terasa mahu bertemu tapi jauh di mata....
Fairus.... Memang susah nak cari kerana selalunya sahabat sejati akan hadir dgn sendirinya dan akan disedari setelah lama kita bersamanya.
Prince... Betul tu...cikgu tie setuju sangat dgn prince.
cik sakdi...mudah-mudahan akan dipertemukan kembali dgn sahabat tu.Insyaallah....
kakzakie... tak pa la kak, biar jauh di mata tapi dekat di hati..kannn!
Post a Comment