As salam pembaca blog Cikgu Tie!
Tahukah anda bahawa orang yang sentiasa ingin berjaya itu tidak akan takut untuk menghadapi kegagalan. Mereka akan terus mencuba berkali-kali sehingga mencapai kejayaan yang diinginkan.
Kita jangan sekali-kali takut mencuba kerana:
- Jika tidak mencuba, kita tidak akan tahu kebolehan kita.
- Jika gagal setelah mencuba, anggaplah cubaan dan kegagalan itu sebagai satu pengalaman baru untuk kita bertemu dengan kejayaan.
- Cubaan yang dilakukan dan kegagalan yang dialami akan mendedahkan kita kepada tindakan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
- Jangan menganggap kegagalan kali pertama sebagai kegagalan untuk selama-lamanya.
- Fikirkan strategi baru dan jadikan strategi lama sebagai panduan.
- Tanamkan dalam hati bahawa kita perlu berusaha lebih sedikit lagi untuk mencapai kejayaan.
- Kuatkan keazaman dan tekad agar percubaan kedua ini menemui kejayaan.
- Selalu bertanya pada diri " Jika orang lain boleh, mengapa pula aku tidak?"
P/S: Kejayaan jarang diukur dengan taraf pencapaian seseorang dalam hidupnya. sebaliknya diukur dengan halangan-halangan yang diatasi dalam percubaan ke arah kejayaan.(Booker T. Washington)
11 sudi komen N3 Cikgu Tie:
BETUL TU CIKGU.. JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA.. DAN JANGAN JUGA MENGALAH KALAU KITA GAGAL..
Fairus...kita sependapat.Gagal sekali tak bermakna akan gagal untuk selamanya.
Assalamualaikum...
Orang yang tidak takut akan kegagalan punya hati dan jiwa yang besar. Mereka berpegang bahawa segala usaha tiada lain melainkan pertolongan dari Allah Taala
Saudara Abd Razak...
Cikgu tie setuju sangat dengan pendapat saudara.
setuju... :))
thanks kak kasih....!
jgn kecewa apabila gagal malah jadikan sbg batu loncatan pada kite untuk bangkit semula...
setuju...saja
Prince....dah muncul kembali ke? Bestnya!
Betul tu prince, jangan kecewa apabila gagal.....
Khairul aziah...
kita sependapat.....
kegagalan adalah anak tangga untuk mencapai kejayaan diatas sana..ewah!!hee...like this entry
Post a Comment