Layan Sebentar

Followers

Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan gaji.....cukup ke tak?


As salam pembaca blog Cikgu Tie!
SEGERA: Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam
Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
P/S: Syukur Alhamdulillah....daripada tak dapat lansung, dapat setengah bulan pun dah cukup memadai. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya nanti kannn!
sumber==>di sini

18 sudi komen N3 Cikgu Tie:

kasihredha said...

betul tu cikgu...dari tak dpt lansung ...ok lah tu kan :)

Saffuan said...

raya ni saya siap buat bajet, termasuk la perbelanjaan semasa ramadhan...

Prince Halilintar said...

alhamdulillah..blh prince up sikit duit raye thn ni..kehkeheh

Admin said...

kalau ada yang kata tak cukup tak tahulah..memang la tak bersyukur.

Kakcik Seroja said...

Nak dikatakan cukup, memang tak akan pernah cukup. Setidak2nya bersyukur juga dapat menampung sedikit sebanyak 'lompong' yang ada. :)

miloaiskurangmanis said...

setiap tahun pun begitu...
bukan tak bersyukur... sesungguhnya... itu rezeki...

hanya iols terfikir... depa tau tak keadaan sekarang macam mana???
ke.. pemantauan hanya di buat di tempat kaum-keluarag membeli-belah saja????

hemmm....

Pen Biru said...

alhamdulillah la cikgu..dpat jugak..tula untung nye kerja kerajaan.

Cikgu Tie said...

kak kasihredha....
Cikgu tie cuma kesian pada mereka yang berpendapatan seribu ke bawah, cuma dapat RM500 saja kan! Rasanya akan lebih membantu golongan ni kalau kerajaan beri sekurang-kurangnya RM1000.

Kakzakie Purvit said...

Kalau yang gaji 10K dapat 5K ok sangat tapi kalau yg gaji 2K baru dapat 1K. Kalau yg bawah 1K lagilah kesian 500 je... tak apalah dari kakak langsung tak ada kerja swasta ni. Kena tunggu akhir tahun juga. Huhuhu...:(

PESONA said...

Assalamualaikum Cikgu,

Syukur Alhamdullilah bagi kakitangan awam ada juga dapat imbuhan dekat nak raya nie.. walaupun serendah min RM500.00 tetapi bagi yang bekerja private sector atau berkerja kampung hanya tumpang mendengar je le.....diharap kakitang awam semuanya bersyukur dengan apa yang telah diumumkan oleh PM...

Cikgu Tie said...

Muhammad saffuan...
baguslah kalau dah buat bajet, tak berlaku ler kebahabisan duit nak raya nanti.hehehe....

Cikgu Tie said...

prince....
Cikgu Tie nak jugak duit raya....hehehe

Cikgu Tie said...

Khairul Amry Mohamad Puad....
Duit...bagi banyak mana pun tak cukup. Apa pun, syukurlah kerana dapat juga membantu utk persiapan raya.

Cikgu Tie said...

Kakcik....
setuju sangat dgn kak cik.

Cikgu Tie said...

miloais....
Bagi Cikgu tie setengah bulan gaji tu dah banyak membantu. Syukur sangat-sangat. Cuma kesian pada mereka yang hanya mampu dapat RM500. Bukan apa...sekadar rasa prihatan pada golongan nie. Apa pun...dapat juga daripada tak dapat lansung kann!

Cikgu Tie said...

Pen Biru....
Macamlah kerja dgn swasta tak dapat bonus....malahan duk dapat banyak lagi aper! Sama-sama untung ajer sebenarnya.hehehe....

Cikgu Tie said...

Kakzakie....
tak pa lah...tunggu akhir tahun dan dapat sekali banyak berganda darpada ni. Betul tak kak?hehehe....

Cikgu Tie said...

Pesona...
cikgu tie memang bersyukur sangat-sangat dan tak jangka pun akan dapat separuh bulan gaji kerana sebelum nie semua k/tangan cuma dapat RM500 ajer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci