Macam tak percaya ajer raya tahun nie tak beli kuih raya. Kerana anak-anak terlalu teruja untuk menolong ibu membuat kuih.....akhirnya berjaya memujuk ibu untuk membuat kuih raya sendiri tahun nie. Sebelum nie ketupat dan rendang ajer yang cikgu tie buat sendiri, kuih raya semuanya dibeli. Bukan tak pandai buat....tapi kurang berminat kerana banyak masa yang diperlukan untuk membuat berbanding dengan membeli. Jika membeli.....hanya tunjuk ja, berbagai jenis ada.hehehe.....
Semalam baru mula buat kuih samprit. Anak-anak punyalah sibuk berebut nak bantu hingga terpaksa cikgu tie gunakan sistem gilliran. Agaknya sementara nak jemu.....
Rupa-rupanya seronok bila dapat peluang menikmati suasana buat kuih bersama dengan anak-anak. Baru siap sejenis....cadang tu nak buat 6 jenis ajer. Harap-harap malam nanti dapat buat lagi sejenis.
P/S: Suasana ini mungkin hanya dapat dirasai sementara anak-anak bersama kita. Bila masing-masing dah dewasa mungkin peluang ini sudah tiada lagi kerana mereka akan membawa haluan sendiri untuk memenuhi tuntutan hidup dan tanggungjawab tersendiri.huhuhu.....
22 sudi komen N3 Cikgu Tie:
ye la cikgu, tahun ni mak kite pun tak buat kuih raya, bz ngan cucu. bilamana mak tak buat, anak2 pun takde la bahagian memasing... hehehe
sedih kan
saat2 ini lah yang suatu hari nanti..indah unk dikenang.
Kadang2 tu akak pun buat biskut raya sebab nak menikmati suasana hari raya bersama anak2 :)
Seronoknya anak2 dapat makan hasil tangan ibu sendiri. :)
NM02....janganlah sedih,apa kata kalau MN02 buat sendiri.hehehe...
Kak Kasihredha.....
Betul tu kak, hilang rasa penat bila lihat telatah anak-anak yang begitu teruja nak tolong.
PASTI RAYA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA KERANA CIKGU DAPAT BUAT KUIH SENDIRI... :)
Assalamualaikum...
Bila dah dihasilkan kuih sendiri puas rasanya kan! Moga berbahagia di hari raya nanti..
mmg puas hati la klu buat sendiri kan..dulu mase kecik2 prince suka gak tlg mak buat kuih raya ni..
SALAM,
BUAT SENDIRI LAGI SEDAP, PUAS HATI DAN MUNGKIN JUGAK KURANG KOS.
Malam tadi kakak menggentel kuih siput cikgu tapi anak-anak nak tolong kakak suruh baca buku sebab mereka sedang periksa sekarang nie...
selamat hari raya dari saya juga,
maaf zahir dan batin.
Mak saya dah lama tak buat kuih raya. Thn ni dah kawin baru merangkak-rangkak nak belajar buat kuih dgn mak. Huhu..
betul tu kakcik....
fairus...
memang bermakna sangat, hilang penat bila dapat lihat kegembiraan anak-anak.
wah dah jadi kuihnya..
akak baru nk buat hri ini..
slmt hri rya..
maaf zahir batin,jika ada yg trcalar bhsa..
moga ceria dgn fmly di hri rya..
Saudara Abdul razak...
Selamat Hari raya...saya doakan semoga saudara jugak bahagia di hari raya.
Prince...
Anak-anak Cikgu Tie sekarang sedang memalui saat-saat yang pernah Prince lalui dulu.
Luah fikiran...
memang jimat pun.....
Kak zakie...
Cikgu tie doakan semoga anak akak berjaya dengan cemerlang.
Ahmad Humairi...
Selamat hari raya....semoga ceria di pagi raya.
Sufia Mahzan....
sekurang-kurangnya awak berusaha untuk membuatnya. Mesti sedap resepi mak awak kannn!
Kak Sal...
Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.
Post a Comment