Mungkin kerana Syamel merupakan anak sulung Cikgu Tie.....
Mungkin kerana Syamel merupakan anak Cikgu Tie yang pertama mengambil peperiksaan UPSR....
Mungkin kerana Cikgu Tie terlalu mengharapkan kejayaan Syamel sebagai contoh untuk adik-adiknya....
Sehingga menyebabkan Cikgu Tie menjadi seorang ibu yang paling gementar dan teramat risau di saat-saat akhir anak hendak menghadapi UPSR.
Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. 4 hari bukanlah jangka masa yang lama kannnn! Semoga Allah akan pemudahkan segalanya dan memberikan kesihatan yang sempurna kepada syamel dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya.
P/S*** Sama-samalah kita berdoa semoga anak Cikgu Tie dan rakan-rakannya yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada 13-15 September 2011 nanti akan meraih keputusan yang cemerlang. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan doa Cikgu Tie untuk Syamel mendapat 5A. Insya-Allah.......
34 sudi komen N3 Cikgu Tie:
CIKGU, MEMANG TIDAK DINAFIKAN BAHAWA IBU BAPA MAHUKAN ANAK MEREKA BERJAYA. NAMUN ADAKAH CUKUP DENGAN BERJAYA DALAM PELAJARAN? SAYA TAK PASTILAH NAK CAKAP APA, PELAJARAN MEMANG PENTING, TAPI SEKIRANYA ANAK KITA TIDAK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN BUKAN BERMAKNA DIA TAK BERJAYA. SEPERTIMANA SEKIRANYA SESEORANG ITU TIDAK BERJAYA KE UNIVERSITI, BUKAN BERMAKNA DIA TAK BOLEH BERJAYA. DI MALAYSIA MACAM2 PELUANG BOLEH BERJAYA.. KITA BOLEH JADI PEKERJA KILANG YANG BERJAYA, NELAYAN YANG BERJAYA, PETANI YANG BERJAYA.. DAN SEBAGAINYA... TAPI SAYA TAK NAFIKAN BAHAWA PELAJARAN ITU MEMANG PENTING...
amin YRA
semoga berjaya
akak pun sama..rasanya semua ibu pun sama kan...tiap kali anak2 nak ambil periksa akak yang tention lebih2. Anak2 rilek jerr..Nak nangis pun ada..plus sakit perut...hihi
prince yakin..dgn usaha dan didikan yg xkenal penat jemu serta berkat doa cikgu tie pada anak2 insyaallah die boley berjaya dlm exam UPSR tu..
mesej untuk shamel :
Gudluck yaa dik, kasi emak bangga sekali bukan susah pun =)
hhahahahhah
saya doa' kan sume murid darjah enam tahun ni akan berjaya dlm upsr
Semoga Syamel dan rakan-rakan sebayanya yang menduduki UPSR nanti akan dapat menghadapinya dengan tenang, menjawab dengan lancar dan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang. Amin. :)
bETUL TU FAIRUS...
CIKGU TIE PUN TAK KISAH DAN TERIMA SEADANYA SEANDAINYA ANAK CIKGU TIE MEMBUAT PILIHAN UNTUK JADI PEKERJA KILANG YANG BERJAYA, NELAYAN YANG BERJAYA, PETANI YANG BERJAYA.. DAN SEBAGAINYA TETAPI DIA MESTILAH MERUPAKAN SEORANG YANG BERILMU.
kak kasih...
Mungkin kerana naluri keibuan kita menyebabkan kita rasa begitu yer!
Prince...
Mudah-mudahan syamel berjaya...
Sama-samalah kita mendoakannya.
Muhammad hanif...
terima kasih yer!
nuradlindina321...
terima kasih anak muridku sayang. Tahun depan awak pulak yer!
kakcik...
amin...semoga allah permudahkannya.
mudah-mudahan syamel akan peroleh kejayaan...
moga anak cikgu beroleh kejayaan.. insyaAllah
Samalah kakak cikgu. Bila anak nak periksa hati kakak yg dup-dap-dup-dap. Anak kakak yg no. 2 pun UPSR juga. Hati kakak dah tak keruan
ratu kebaya....
insya-allah....mudah-mudahan. Sama-samalah berdoa.
NM02....
Insya-Allah, mudahan-mudahan.....
Kak zakie....
kita serupa kak....semoga anak kita berjaya mendapat 5A kak yer!
InsyaALLAH..anak dpt mengharungi cabaran dgn tenang..
moga anak beroleh kecemrlngan..
bebudak sekang..
cikgu..anak kpah yg bongsu pun ambik UPSR tahun ni...berbanding dgn abang dan kakaknya..yg mendapat 5A, dia tidaklah serajin mrk..tapi kpah tak pernah mengharap kejayaan yg besar..setakat dia termampu sudah ler...Sebab anak2 ni..tahap mrk lain2...
aahlaa nak upsr dah...semoga mereka dipermudahkan...
InsyaAllah boleh....
Thanks kak sal,sama-samalah kita mendoakannya........
Doakan syamel yer jiji yu!
kpah k-poh...sama-samalah kita berdoa semoga anak kita berjaya yer!
fasihah sufian...
Amin,mudah-mudahan berjaya mendapat 5A!
ckLah....
Memang itulah yang cikgu harapkan....
Semoga terkabul doanya cikgu aamiin...aamiin.
Orang tua hanya berdoa dan berikthiar dan Allah jua yang memutuskan
Web mdmk....
Terima kasih yer! memang itulah harapan cikgu tie......
gud luck shamel dan semua anak2 yg menduduki UPSR..
insyaallah, berjaya...
Didoakan mencapai kejayaan cemerlang.
Thanks Wahida....
Berkat doa kita bersama,mudah-mudahan Syamel dan rakan-rakannya akan berjaya dgn cemerlang.
Abdul Gani bin Ibrahim....
Amin, Terima kasih kerana sudi mendoakan kejayaan Syamel. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan Syamel berjaya mendapat 5A.
Post a Comment