Layan Sebentar

Followers

Sunday, September 25, 2011

Tiru aksi seks cabul sepupu....


HULU SELANGOR – Seorang remaja berusia 13 tahun tidak dapat menahan perasaan untuk meniru aksi adegan ranjang lalu bertindak luar batasan dengan mencabul kemaluan sepupunya, berusia empat tahun.

Dia mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu ketika bermain bersama mangsa, kira-kira jam 12 tengah hari, di rumah kanak-kanak itu.

Menurut sumber, remaja lelaki itu bertindak demikian akibat terpengaruh dan mahu meniru aksi berasmara yang dilihatnya.

“Suspek dikatakan menyuruh kanak-kanak itu membuka pakaian lalu melakukan aksi tidak senonoh itu.

“Ibu mangsa kemudian syak sesuatu yang tidak kena, kerana anaknya menangis sambil mengadu sakit di bahagian kemaluan,” katanya.

:Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.



P/S: Budak-budak zaman sekarang dengan mudah dapat melihat aksi adegan ranjang, berbeza dengan budak-budak zaman dulu. Pendedahan yang terlalu awal inilah yang akan merosakkan minda mereka jika tidak dikawal. Masaalahnya....bagaimana kita nak mengawalnya lagi kerana kemudahan mereka menikmati hidangan aksi adegan tersebut ada di mana-mana saja lebih-lebih lagi dalam internet. Fikir-fikirkanlah....
Cikgu Tie simpati sangat pada sepupunya yang berumur 4 tahun itu.


sumber: di sini

4 sudi komen N3 Cikgu Tie:

fairus said...

MAKIN PESAT TEKNOLOGI, SEMAKIN PESATLAH OTAK-POTAK KANAK-KANAK MENERIMA PERKARA YANG TIDAK SENONOH.. POKOK PANGKAAL IBUBAPA KENA PANTAU TINGKAH LAKU ANAK MASING2...

sal said...

menakutkan ye..budak2 kecik pun dah pandai meniru yg bukan2..

moga ia menjadi iktibar bgi ibubapa serta dpt mengambil langkah2 keselamatan dan berjaga2...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Keadaan anak-anak masa kini banyak dihidangkan dengan perkara yang tidak baik, begitu mudah semuanya tersedia dalam tv, internet, dan sebagainya. Tak hairan segala bentuk maksiat semakin meningkat. Siapa yang harus disalahkan?

Prince Halilintar said...

tu yg bahaya nya jika xsekat kawalan bdak2 zmn skrg ni..kdg2 byk jgk faktor rakan sebaya..sampai terikut kwn yg xelok..kene la pandai2 megawasi anak2 selalu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci