Pelancaran laman Facebook Guru Muda 1 Malaysia |
JOHOR BAHRU – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang akan diserap menjadi guru, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, 30 peratus daripada lepasan SPM 2013 yang paling cemerlang akan dipilih untuk dilatih menjadi guru sekiranya mereka berminat dengan profesion pendidik.
“Ini bermakna jika dahulu kita ambil mereka yang mendapat keputusan 6A atau 7A, dan kini kita akan naikkan gred kepada 9A iaitu gred tertinggi.
“Hanya yang mencapai tahap yang paling cemerlang yang kita ambil sekiranya mereka berminat untuk dilatih menjadi guru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) di Pusat Kokurikulum Johor Bahru di sini, hari ini.
Selebihnya baca di sini!
P/S***Baguslah kerana ia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025. Secara tak langsung dapat memartabatkan profesion perguruan dengan adanya
guru yang lebih berkualiti kelak.
Agak-agak guru yang ada sekarang ni berkualiti ke tidak? Tepuk dada tanyalah hati.
Masing-masing punya pendapat yang tersendiri.
Pada CikguTie...kualiti seorang guru itu bukan terletak pada gred keputusan SPM seseorang sahaja sebenarnya. Apa yang penting kemahuan dan minat seseorang itu
untuk menjadi seorang guru.
untuk menjadi seorang guru.
Kalau menjadi guru sekadar merebut peluang yang ada....baik tak payah.
Tapi kalau betul-betul berminat....silakan, kerana andalah bakal pendidik yang mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan berguna di masa hadapan.
1 sudi komen N3 Cikgu Tie:
ouh.. hehe. ingatkan jadi cegu terus.. baru nk tensen. haha. =P cegu kene bijak2.. baru anak murid bijak mcm cegu2.. heee
Post a Comment