Layan Sebentar

Followers

Wednesday, January 12, 2011

Buli datang lagi....

Terlalu banyak masalah dikaitkan dengan sekolah hari ini.Dari isu lapok seperti merokok dan ponteng,hinggalah kepada masalah gengsterisme.Sekarang ini  buli semakin  menjadi-jadi pulak  samada di sekolah  rendah  mahupun di sekolah menengah .Oleh kerana buli merupakan bentuk keganasan yang terawal dan semakin biasa di sekolah....nak tak nak gejala ni haruslah diperang secara habis-habisan.


Entahlah....jika sekali fikir,rasa tak  nak Cikgu Tie hantar anak masuk asrama bila naik sekolah menengah nanti.Takut kena buli macam pelajar Tingkatan Dua di Alor Setar baru-baru ni.
Huisyy...dekat tempat Cikgu Tie nie!





Mangsa, Mohd Syazwan Johari dikata dipanggil seorang daripada lima pelajar , tetapi enggan berjumpa mereka menyebabkannya ditarik lalu dipukul di luar biliknya. 

Menurutnya, dia yang pada tahun lalu pernah dibelasah kumpulan pelajar yang sama sehingga koyak baju tidak mampu mempertahankan dirinya kerana dibuli ramai pelajar senior yang dikatakan hanya untuk suka-suka.Rakan lain yang menyaksikan kejadian dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa walaupun memaklumkan kepada guru kerana bimbang turut menjadi mangsa.

Mohd Syazwan juga yakin ada pelajar lain yang turut sama memukulnya namun dia tidak tahu bilangan sebenar. Menurutnya, kecederaan di bahagian lutut akibat diseret kumpulan pelajar sebelum terkena pada rak kasut yang diperbuat daripada besi. Setelah diseret, dia kemudian diangkat mereka lalu diletakkan di atas katil di biliknya dan dibawa ke hospital pada keesokan harinya.Sedihkannnnn......!



Cikgu Tie rasa sangat simpati ke atas nasib Mohd Syazwan  nie.Tersentuh naluri keibuan Cikgu Tie.
Kepada ibu dan bapa Mohd Syazwan......Cikgu Tie berharap agar bersabar di dalam menempuh dugaan yang tidak dijangka ini.


buli fotok



Sumber:sinarharian





4 sudi komen N3 Cikgu Tie:

Fairus Bin Mamat said...

KATAKAN TIDAK KEPADA BULI..

zaty luvlianncez said...

sye sowg plajar SBP..

mmg buli nie dh jd adat dowg kowt..

sob3..

Cikgu Tie said...

itu la no....
tak sepatutnya lah...
pelajar SBP jadi pembuli dan di buli.

Anaasuria said...

takut jugak kan cikgu tie pasal isu buli ni.. dulu2 takde pun kes2 buli nih.. baru jer berangan nak hantar anak masuk boarding school (kalo dapatlah)bila besar nanti..huhu.. harapnya nanti bila sampai masa, takde dah lah kes2 buli nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Sila klik dan layan sebentar!

Sahabat Online 3

Ikan Ajaib Yang Tak Pernah Kenyang Jika Diberi Makan.

Jangan Lupa Tolong Beri Makan Ikan Ajaibku Yang Selalu Lapar ini!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Bacaan Ayat-ayat suci