Cantik kereta ni....memang cantik sangat. Tak mampu nak milikinya boleh pandang pun jadilah kannn!
Kebetulan tak lambat lagi kawan baik Cikgu tie akan pakai kereta ni, bolehlah tengok hari-hari. hehehe....
Jomlah kita baca tentang kereta ni....Cikgu tie baca sekadar ambil tahu ajew, tak mampu arrr nak beli.hehehe.......
Honda Malaysia telahpun memperkenalkan variasi terbaru kepada untuk generasi ke-8 Honda Civicnya iaitu kereta Honda Civic 1.8S-L, yang berharga RM 119,980 di atas jalan termasuk insurans, meletakkan harganya di antara 1.8S yang berharga RM 114,980 dan 2.0S yang berharga RM 130,980. Ini adalah kejutan daripada Honda kerana sebelum ini mereka juga telah memperkenalkan Honda Accord 2.0 VTi-L tahun lepas.
Untuk tambahan harga RM 5000 ke atas 1.8S, 1.8S-L yang baru dilengkapi dengan :
- cermin sisi LED dan kemasan krom pembuka pintu
- kerusi yang dibalut dengan kulit
- kawalan pemanduan
- stereng pemandu yang dilengkapi dengan kawalan audio dan kemasan metalik di sekeliling panel meter untuk kemasa dalaman.
Walaubagaimanapun, 2.0S kekal sebagai satu-satunya variasi kereta Honda Civic yang mendapat kemasan rim aloi 17 inci, beg udara sisi dan juga dengan enjin yang lebas besar.
Dengan jumlah unit terjual sebanyak 37,000 sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, ini membuatkan mereka dapat memastikan kedudukannya sebagai kereta pilihan no.1 dalam kelasnya untuk 4 tahun berturut-turut. Honda Malaysia juga menjangkakan variasi sedannya ini akan menyumbangkan sebanyak 20% perolehan jualan daripada jumlah jualan keretanya tahun ini.
Dianggarkan sebanyak 750 buah unit kereta Honda Civic akan dijual setiap bulan, dengan mengjangkakan jualan 1.8S-L akan mewakili 30 peratus daripada angka tersebut.
P/S*** Cikgu tie turut teruja 100%....tapi apalah daya, kereta Wish pun belum habis bayar lagi. huhuhu.......
Sumber++> di sini
14 sudi komen N3 Cikgu Tie:
Dapat tengok pun jadilah cikgu... kakak belum terlintas nak tukar baru lagi. Kalau cikgu beli bolehlah kakak tumpang :)
salam sahabat...
suka...suka... ^__~
**masih setia ngan civic 2.0**
salam kenal cikgu tie..canggih gak kete ni ye..cikgu zaman sekarang ni kaya2..x mcm cikgu dulu2 naik kete proton jer..
HONDA ACCORD PUN CUN JUGAK CIKGU..
wah...aku pun berkenan jugak ngan keta nie!
@KakzakieBoleh ajer kak...tapi tulah kann tak tercapai tangan. Kalau dalam mimpi bolehlah kot.hehehe....
@cun09Wah...bestnya!
@Kasih SalinaNaik kereta proton pun tak pa...janji hati senang dapat tumpu pada murid ajer tak tension macam cikgu zaman sekarang, semua kerja nak kena buat.huhuhu...
@fairusMemang cantik pun...tapi kita suka keta nie lagi....
@shahrul Baguslah kalau dah berkenan. Duk nanti ni, bila cikgu shahrul nak bawa kereta baru p sekolah.hehehe....
Salam cikgu tie pekaba?lama tak singgah sini..cantik kereta nie...bilalah sy nak dapat beli satu..ehehe
@TF W'salam...ya la kannn, cikgu tie pun lama dah tak p melawat TF. Sibuk sikit sekarang nie.N3 pun dah jarang update.
salam. hi cikgu. im already follow ur blog. feel free to visit n follow my blog back. thanks :)
Brapa bulanan,deposit brapa keta ni
Post a Comment